Petua Bayi Berkulit Putih dan Comel


Petua Bayi Berkulit Putih dan Comel



Semua ibu bapa mahu memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih dan mulus. Ia boleh dimiliki dengan mengamalkan petua tradisional sejak mengandung lagi.

Air kelapa

Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.


Sayur Bayam

Sekiranya anda dan suami anda berkulit gelap dan berambut hitam, tentu anda fikir mustahil untuk mendapatkan anak yang berambut perang dan berkulit cerah. Menurut orang tua-tua dahulu, ibu-ibu mengandung hendaklah memakan banyak sayur-sayuran hijau terutamanya sayur bayam. Selain itu jangan lupa makan telur ayam kampung. Orang zaman dahulu mengamalkan petua ini dan terbukti khasiatnya. Anak anda akan berkulit cerah dan berambut perang. Anda boleh mencuba dahulu dan amalkannya sehingga bayi dilahirkan. Apa yang anda hajati mungkin akan termakbul.

Membaca surah maryam & surah Yusof


Sebaik-baiknya si ibu banyakkan membaca surah maryam dari awal kehamilan hinggalah bersalin. Surah Maryam memudahkan ibu untuk bersalin. Begitu juga dengan surah Yusof, dapat membantu untuk dapatkan anak yang cantik rupa paras dan akhlaknya. insyaAllah.


kismis dan kurma

Tips kedua...banyakkan makan kismis dan kurma. Kismis dan kurma memang dah sedia maklum, semua orang tahu terlalu banyak khasianya untuk ibu dan baby termasuk otak baby dalam kandungan selain dapat menghilangkan loya ketika awal kehamilan.

Air sarang burung.

Minum air sarang burung. bagus diamalkan masa mula mengandung sebab ia kan menjadikan kulit bayi lebih cerah, halus serta badan bayi menjadi lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih cepat selepas bersalin.

Buah-buahan

Selain itu banyakkan makan buah buahan seperti buah anggur, delima, tak kira la buah ape pun asalkan buah yang berkhasiat. Ada orang kata...rajin-rajin lah tengok muka or gambar baby yang comel-comel, insyaAllah anak dalam kandungan pun akan ikut kecomelan baby tu..betul ke tidak, Wallahu a'lam....sambil tengok-tengok tu..banyakkan berdoa..minta Allah kurniakan pada kita semua baby yang comel. baik rupa paras dan juga akhlaknya..amien..

kita berusaha dan merancang tapi Allah yang menentukan...selamat mencuba !!!


Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:51 PM

0 comments:

Post a Comment