petua-petua cara cepat hamil



kali ini saya ingin berkongsi kepada anda sedikit tips tentang cara cepat hamil.diharap ianya bermanfaat kepada anda yang masih lagi mencuba untuk mendapatkan kehamilan.

1) ambil vitamin E dan vitamin C

selepas kajian dibuat oleh pakar-pakar reproduksi,didapati bahawa vitamin E dapat menambahkan kebarangkalian anda untuk hamil.ini kerana vitamin E mempunyai fungsi untuk meningkatkan serta manambahkan pergerakan sperma untuk sampai ke sel telur isteri anda.maka semakin cepat sperma sampai ke sel telur semakin tinggi kebarangkalian anda untuk hamil dan mempercepat proses kehamilan anda.

selain itu vitamin C juga mempunyai peranan yang penting juga dalam mempercepatkan kehamilan anda.vitamin C mempunyai khasiat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma sehingga 140%.jadi bila kualiti serta kuantiti sperma bertambah kebarangkalian untuk hamil semakin cerah.jadi nasihat saya mulai sekarang banyakkan mengambil sumber makanan yang mempunyai khasiat vitamin E dan C.

2) berhenti merokok

sangat ditujukan kepada si suami yang menghisap rokok.wanita pon tak terkecuali ye..saya pasti anda pasti sudah sedia maklum bahawa rokok langsung tidak dapat membawa sebarng kebaikan malah mendatangkan pelbagai keburukan serta kemudaratan.tahukah anda bahawa racun dan bahan kimia berbahaya yang ada dalam puntung rokok itu akan masuk kedalam salur darah dan akan merebak ke seluruh sistem badan termasuklah sistem reproduksi.kesannya kualiti sperma akan rosak manakala sel telur akan berkurangan.jadi peluang anda untuk hamil akan tipis.kalau hamil pon anak yang bakal lahir dikhuatiri akan cacat.haaa pasti anda tak nak perkara tu terjadi kan??so STOP SMOKING!


3) kurangkan stress

stress atau tekanan merupakan salah satu penyakit mental.jika tidak diurus dengan baik anda bakal mengalami kemurungan yang kronik.selain itu jika anda mengalami stress yang melampau anda akan kehilangan banyak vitamin,mineral,oksigen dan zat dalam sistem reproduksi.dan ini akan menyebabkan anda kurang subur.

4)jangan pakai seluar dalam yang ketat

bila anda memakai seluar dalam yang ketat ini akan menyebabkan suhu pada testis akan bertambah dan ini akan menjejaskan kesuburan sperma.selain itu kurangkan penggunaan seluar dalam sangat baik.maksud saya bila malam berada dirumah tidak perlulah memakai seluar dalam.

5) ambil makanan yang mempunyai anti-oxidant yang tinggi

sayuran hijau,tomato,zink,asid folik antara bahan yang kaya dengan anti -oxidant.anti-oxidant sangat baik untuk sistem reproduksi anda selain meningkatkan kesuburan sperma juga sel telur.kajian telah dibuat dan mendapati individu yang kurang anti-oxidant mempunyai kualiti sperma yang rendah.jadi tingkatkan kualiti sperma anda dengan menambah anti-oxidant dalam badan anda.

sedikit perkongsian tentang petua cepat hamil.diharap anda dapat memperaktikkan petua-petua diatas supaya anda boleh melihat hasilnya.

~ebook cepat hamil disini~


Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:32 PM

1 comments:

  1. Ini Ada Tips Cara Cepat Hamil Terampuh, Sudah banyak membahagiakan keluarga indonesia ..
    bisa dilihat disini >> http://goo.gl/LDKrJU

    ReplyDelete